Sunday 19 June 2011

TEKA TEKI TEKA TEKUK

soalan 1 :
 Siapakah beliau yang diutus Allah untuk manusia akhir zaman?

soalan 2 :
Siapakah beliau yang lahir 12 Rabiulawal atau 20 April tahun gajah?

soalan 3 :
Siapakah beliau yang dikurniakan mukjizat teragung yang dijamin kekalnya hingga ke hari Qiamat?

soalan 4 :
Siapakah beliau yang sepatunya dipenuhi kocakan darah ketika berhijrah ke Taif?

soalan 5 : 
Siapakah beliau yang berjuang dalam Perang Uhud hingga terjatuh ke dalam lubang dan berdarah mulutnya terkena anakpanah musuh?

soalan 6 : 
Siapakah beliau yang ketika matinya masih mengingati nasib umat-umatnya kelak?

soalan 7:
Siapakah beliau yang sanggup bergadai darah,nyawa dan segala keringat hanya untuk memastikan Islam sampai kepada kita hari ini sehingga kita masih diberi peluangmerasai manisnya iman dan Islam?

soalan 8:
Siapakah beliau yang telah meninggalkan kita dua khazanah yang tidak tenilai harganya?

soalan 9:
Selepas menjawab semua soalan dan menyedari pengorbanan dan jerit payah beliau, sehingga nafas kita ke saat ini, apakah pulangan setimpal yang telah kita berikan kepada beliau dan terutama sekali kepada Pencipta kita dan beliau?

wallahualam~

No comments:

Post a Comment