Wednesday 29 June 2011

JIKA SIAPA PUN ANDA ;)

Jika anda bakal seoranng IBU atau BAPA, didiklah anak anda dengan kebesaran Allah dan cinta Rasul terhadap umatnya, katakan kepadanya Islam tidak akan rugi tanpa kita, tapi kita yang akan rugi tanpanya.


Jika anda bakal seorang USTAZ atau USTAZAH kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika anda bakal seorang DOKTOR, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.

Jika anda bakal seorang ARKITEK, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?

Jika anda bakal seorang JURUTERA, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.

Jika anda bakal seorang JURUTERBANG, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang KAUNSELOR, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang PAKAR BAHASA INGGERIS, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang PAKAR BAHASA ARAB, manfaatkanlah ilmu anda sebaik mungkin intuk lebih memahami Agama Islam dan seterusnya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada Umat Islam
.

Tuesday 28 June 2011

SUNNAH ORANG BERJUANG =)

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap maraK menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah, orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat, mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
dunia yang fana
atau syurga...
[Sunnah Orang Berjuang-Hijjaz]

Monday 27 June 2011

PENDUKUNG ORANG ISLAM

[mengupas isi yang dapat daripada rancangan USRAH]

orang Islam itu didukung oleh 8 perkara:

1. kebijaksanaan pemimpin


ini dapat disaksikan melalui kepemimpinan Rasulullah SAW yang berjaya mendidik para sahabat selepas kewafatan Baginda sebagai seorang pemimpin, bermula dengan zaman khulafa' ar-Rasyidin yang terdiri daripada Abu Bakar as-Sidiq, Umar al-Khatab, Uthman b Affan dan Ali b Abi Talib.


2. ilmu para ulama'


seperti contoh, Abu Hurairah yang meriwayatkan lebih 5000 hadis sepanjang hayatnya juga hasil tarbiyyah 3 tahun berdamping dengan Rasulullah dan hadis beliau disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim.


3. para 'amilin


mereka ini adalah golongan pendukung Islam,yang bergerak untuk Islam. Bermatlamat untuk meletakkan Islam kembali ke tampat asalnya, kedudukan yang tertinggi. "sesungguhnya agama Islam itu tinggi dan tiada yang lagi tinggi daripadanya"


4. darah syuhada'


bermula daripada perang Badar,hinggalah kini,orang Islam ternyata didukung oleh mereka yang berjuang atas dasar mempertahankan agama. Semangat mempertahankan negara itu nasionalisme,tapi ia perlu atas dasar agama, bukan atas dasar kepentingan bangsa semata.


5. doa orang yang soleh


6. harta orang kaya


7. pendakwah


8. rahim ibu yang solehah


ha,ini pon pendukung juga,tanpa ibu siapalah kita. Tapi dengan adanya ibu yang solehah, insyaAllah anak atau zuriat yang dilahirkan itu bakal menjadi 'amilin di jalan Allah, bakal pendukung bukan hanya penyokong. Dan bukan sahaja meramaikan umat Nabi Muhammad SAW, tetapi umat yang sedar dan tahu akan dasar perjuangan dan sama-sama memobilisasi diri untuk kepentingan agama.

260511:THE DAY!

selamat sudah kakak-ku menjadi tunangan orang..yer,menda baik jgn tunggu lama-lama..

The Making Of....


barang2 hantaran yang belum digubah


inilah hasilnya!








nih pulak dari pihak lelaki..










sesi menyarung cincin~


kenangan~

pesan pakcik, "jangan jadikan tunang ini satu lesen untuk kamu bebas berjumpa,pastikan ada teman bersama untuk elakkan perkaran yang tidak diingini kerana waktu ini adalah waktu yang paling mencabar"..dengar tuh long!

Sunday 19 June 2011

TEKA TEKI TEKA TEKUK

soalan 1 :
 Siapakah beliau yang diutus Allah untuk manusia akhir zaman?

soalan 2 :
Siapakah beliau yang lahir 12 Rabiulawal atau 20 April tahun gajah?

soalan 3 :
Siapakah beliau yang dikurniakan mukjizat teragung yang dijamin kekalnya hingga ke hari Qiamat?

soalan 4 :
Siapakah beliau yang sepatunya dipenuhi kocakan darah ketika berhijrah ke Taif?

soalan 5 : 
Siapakah beliau yang berjuang dalam Perang Uhud hingga terjatuh ke dalam lubang dan berdarah mulutnya terkena anakpanah musuh?

soalan 6 : 
Siapakah beliau yang ketika matinya masih mengingati nasib umat-umatnya kelak?

soalan 7:
Siapakah beliau yang sanggup bergadai darah,nyawa dan segala keringat hanya untuk memastikan Islam sampai kepada kita hari ini sehingga kita masih diberi peluangmerasai manisnya iman dan Islam?

soalan 8:
Siapakah beliau yang telah meninggalkan kita dua khazanah yang tidak tenilai harganya?

soalan 9:
Selepas menjawab semua soalan dan menyedari pengorbanan dan jerit payah beliau, sehingga nafas kita ke saat ini, apakah pulangan setimpal yang telah kita berikan kepada beliau dan terutama sekali kepada Pencipta kita dan beliau?

wallahualam~

Wednesday 15 June 2011

RAHMAT UJIAN =]

alhamdulillah..selawat & salam kepada Baginda tercinta SAW..


benar,setiap yang berlaku itu ada hikmahnya,Al;ah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia..


dalam sebuah hadis qudsi yang mafhumnya:

"pada suatu hari Allah menurunkan ujian buat seorang hambaNYA, dan DIA menghantar malaikat untuk mengetahui apa kata-kata yang terkeluar dari mulut hambaNYA sedangkan DIA sendiri Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..malaikat mengkhabarkan bahawa,"Apabila ujian itu menimpa,yang keluar dari mulut hambaMU adalah ALHAMDULILLAH"..lalu Allah menyuruh malaikat memberikan khabar gembira kepada hamba tersebut bahawa sebuah mahligai indah dibina di syurga untuk dirinya"


apa lagi, marilah!bila ujian menjelma,Allah ada sama-sama kita,ucapkan Alhamdulillah =)
betul ada satu kata-kata,"sabar itu susah,tapi syukur itu lebih payah"..kita boleh bersabar dengan ujian,tapi cukupkah dengan bersabar?tambah lagi kemanisan mehnah dengan bersyukur kepadaNYA kerana masih mengingati kita..


dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tak siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertemu
bibirmu dah mengucap sabar
tapi hatilah yg lenguh menderita
insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
segala takdir
terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmah nya
harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan
bersyukur la dan tabah lah menghadapi

harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
segala takdir
terimalah dengan hati terbuka
walau terseksa ada hikmah nya
harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
harus ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan Allah mengasihimu setiap masa
diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan
bersyukur la dan tabah lah menghadapi
maka bersyukur la selalu
[Rahmat Ujian by Mestica]

Saturday 11 June 2011

BUKU OH BUKU, MY PASSION!

baru selesai membaca..

"AKU DAN AL-IKHWAN AL-MUSLIMUN"
Dr. Yusof Al-Qardhawi


"TRILOGI TOMBIRUO"
Ramlee Awang Murshid

akan menyusul..


"ARMAGEDON 2012"
Muhammad Alexander



Thursday 9 June 2011

LE TOUR DE SABAH!

Sabah..destinasi cuti sem nih dengan family =)

Hari 1


ke KK,Sabah..
kat tiket tulis berlepas kul 6.30ptg..
perasaan naik plane?ok la,takde la nervous sgt..ceh~


smpai jugak setelah 2j30min penerbangan..
pilot kata, "kita sekarang berada di ketinggian 33k kaki dr aras laut dgn kelajuan 850 km/j"
[laju tuh!]

lepas tuh, kiotrg g check-in hotel..
apabila berada di negeri y Islam itu minoriti, pemandangan di bawah bukanlah asing..
tapi culture shock sket la,tgk minuman ni dijual di mana2 n agak berleluasa
(kecuali di kedai Islam la..)


Hari ke-2

jam 4.30pg dh masuk subuh, klau kat umah dok tdo lg agaknya..
pengembaraan hari nih,ke Gunung Kinabalu!
perjalanan dalam 3jam jugak utk smpai ke Ranau..otw ke Ranau,
pemandangan y sgt memukau..SubhanAllah!



puncak Gunung Kinabalu


destinasi pertama, Ranau!tgk ikan kelah besar2,dok keliling kaki..
gelimat jugak nk masuk dlm air nih mula-mula..lama-lama,best pulak!
[model : abangku kegelian]




kemudian meneruskan perjalanan ke Poring Hotspring!
memang memukau kan air terjun tuh?


canopy walkway di Poring..kata org kat sana,3km jauhnye..
honestly, xrasa pon 3km..mcm 1.5km jer jarak dia..
[kehijauan sgt memukau!memukau lagi~]


nih la air panas Poring..rendam2 kaki je la,merah melecur nanti..
[model kata : memang terbaik!]


Perjalanan seterusnya,ke kaki gunung Kinabalu..


konon-konon pergi mendaki..
"nk mendaki kena book 6bulan sebelum", kata tourist driver kami..
Dia y dh pernah naik kat puncak kata, perlukan 3 lapis sluar jeans,
baju jgn cakap la berapa lapis..terbayang sejuk tuh cmna..
kat kaki gunung pon dh mencengkam..






ha,ni la tourist driver kami..Rahmat namany..
mmg cool la dia, sanggup bawak kitorg tinggi2 cmni..
[canopy walkway pon dia teman..sporting x?]


"nih y pelik kat cni", kata model..
[model : kakakku kekok] =)


seterusnya, ke jambatan Tamparuli!yeah!dulu nyanyi jer reti..


apabila dua-dua model beraksi!


pemandangan dr jambatan


jalan Tamparuli nih banjir tym kitorg sampai..tp nk kata sporting ker x driver tuh, 
dia bawak gak kitorg! cool,kan?


ha, lepas tuh dia bawak kitorg makan kat restoran Getaran Jiwa..
gempak x nama dia?mmg main lagu2 seniman P.Ramlee,
siap tayang cerita "Ali Baba & 44 Penyamun"
gempak x? =)

sebelum balik hptel,Rahmat bawak kitorg g menara tinjau..
best! kira abis gak jelejah Sabah satu ari nih..
balik hotel keletihan~





Hari ke-3


satu gamba jer ada..nih kanak-kanak riang sedang ber-snorkeling..
lokasi pilihan, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik!

perjalanan dari jeti New Jesselton ke pulau2 nih dengan menaiki bot..
teroleng-oleng dibuatnya,al-maklumlah melawan ombak..
nasib x mabuk laut~

kata mereka y ber-snorkeling, pemandangan bawah laut sgt best..
ad coral hidup,ikan berenang kat keliling badan jer..

balik hotel semua keletihan, lepas solat jamak Zohor Asar, 
berjalan pulak ke Pasar Filipina..
mmg byk la mutiara n produk2 dia, hasil laut..
[best, tp takde duet lak nk membeli dan membelah~] =(

Hari ke-4

dh, abis dh jalan2 Sabah Negeri Bawah Bayu nih..
tapi sebelum balik, kami melawat Zoo Hidupan Liar Lok Kawi..


muka-muka menunggu Zoo dibuka!
[sabar la ye..]

kemudian,perjalanan diteruskan ke Muzium Sabah..
takde gamba lak sempat amik..

yang paling best,lokasi terakhir..jeng3!


Tanjung Aru yang sgt cantik!





Thursday 2 June 2011

SAFF PIMPINAN PMIUSM 11/12



YANG DI-PERTUA
NOR AZAM BIN MOHAMAD TAMJIS
ILMU PENDIDIKAN/3


NAIB YANG DI-PERTUA I
NOR ATIQAH BINTI AHMAD
SAINS FARMASI/3


NAIB YANG DI-PERTUA II
MUHAMMAD AFIQ BIN ROSHIDE
ILMU PENDIDIKAN/3


SETIAUSAHA AGUNG
MOHD SYAHMIR BIN ALIAS
SAINS KIMIA/3


BENDAHARI KEHORMAT
NOOR ASMA’ BINTI MOHD ANUAR MUSHODDAD
SAINS KAJIHAYAT/3


TIMBALAN SETIAUSAHA
TSU I: NURUL ATIQAH BINTI SA’DON
SAINS KIMIA/3

TSU II: MUHAMAD IZHAM BIN MUHAMAD JAMIL
SAINS KAJIHAYAT/2


TIMBALAN BENDAHARI
NOR ADIBAH BINTI CHE RAMLI
SAINS MATEMATIK/2


LUJNAH TARBIYAH DAN KEPEMIMPINAN
PENGERUSI: MOHAMAD HAFIZ BIN MOHAMAD TAHIR
SAINS FIZIK/2

TIMB. PENGERUSI: NUR AMIRAH BINTI SAPIEE
SAINS FARMASI/2


LUJNAH DAKWAH DAN PERHUBUNGAN
PENGERUSI: KHAIRUL AZWAN BIN RUSLAN
PENGURUSAN/2

TIMB. PENGERUSI: SAKINAH BINTI OMAR
SAINS KIMIA/2


LUJNAH KEBAJIKAN DAN AKADEMIK
PENGERUSI: AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD GHAZALI
SAINS MATEMATIK/2

TIMB. PENGERUSI: RAHIMAH BINTI LUNCHI @ MOHD FAUZEE
PERUMAHAN, BANGUNAN DAN PERANCANGAN/2


LUJNAH SUKAN, SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
PENGERUSI: MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD NOOR
SAINS FIZIK/2

TIMB. PENGERUSI: AINI FASIHAH BINTI ARSHAD
TEKNOLOGI INDUSTRI/3


LUJNAH EKONOMI
PENGERUSI: ZULHILMI BIN MAT ZAIN
ILMU KEMANUSIAAN/2

TIMB. PENGERUSI: FADHILAH BINTI MOHD NOR
SAINS FIZIK/3


LUJNAH PENERBITAN DAN MULTIMEDIA
PENGERUSI: MUHAMMAD ISRA SUHAILI BIN ISKANDAR
SAINS KIMIA/2

TIMB. PENGERUSI: AUNI NAJWA BINTI AZMAN
ILMU KEMANUSIAAN/2


HAL EHWAL SISWI (HELWI)
PENGERUSI: NURUL ‘ATIQAH BINTI MOHD ARIF
ILMU KEMANUSIAAN/3

TIMB. PENGERUSI: NORADILAH BINTI ISHAK
SAINS FARMASI/3

Firman Allah;
"Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami." [Al-Anbiya (21): 73]





link bersama : http://www.pmiusm.org

Wednesday 1 June 2011

KUNGFU PANDA 2


sebuah filem yang sangat best, banyak unsur lawak yang diselitkan..gemuruh jugak la dengan gelak ketawa budak-budak, yang mak ayah budak pon ikut gelak sekali..duration 1jam 30minit memang menghiburkan!

pada pandangan sendiri, ada beberapa pengajaran yang cuba disampaikan:

1-apa yang penting adalah sekarang, yang lepas biarkan lepas..bak kata orang putih, let gone be by gone? ha, macam tu la lebih kurang..yang future jangan difikirkan sangat, sebab takde siapa pon kat dunia nih dapat tahu apa yang akan menanti diorang di masa depan..

nih time scene tukang tilik si kambing betina, diminta untuk menilik masa depan merak angkuh nih,apa nama ntah,lupa..si tukang tilik cakap,yang merak nih akan ditewaskan oleh seorang pendekar hitam putih..seorang?tak,seekor pendekar..pelik pulak bunyik..jadi si merak ambil keputusan untuk bunuh semua panda, tapi Po si dragon warrior terselamat..dia dijumpai oleh bapa angkat dia(dalam Kungfu Panda 1), jadi dalam Kungfu Panda 2 nih lebih kepada merungkai persoalan camna seekor panda boleh ada ayah, dan ayahnya seekor bangau..bangau kot..

persoalan masa depan,future adalah sesuatu yang disorokkan Allah daripada pengetahuan kita..sekiranya kita tahu apa yang akan menanti kita,cukup beranikah diri ini untuk menghadapi hari esok dan hari-hari seterusnya?antara perkara lain yang disorokkan daripada pengetahuan manusia yang terbatas adalah saat roh ditiupkan ke dalam jasad seorang bayi di dalam perut ibunya,yang sehingga kini tak dapat dipastikan..Suhanallah,Maha Suci Allah..

2-setiap apa yang kita lakukan mestilah berstrategi..

macam dalam cerita nih, lepas Po berjaya melepaskan kawan-kawan dia yang lain, dia blur tentang langkah seterusnya..tak tahu apa nak buat, sebab dia sendiri tak yakin akan berjaya..sangat lucu macam mana dia nak bebaskan kawan-kawan dia!

kalau melihat sendiri kepimpinan Sultan Muhammad al-Fateh yang sangat berstrategi pada usia muda..sangat mengagumkan..Ustaz Syaari dalam menulis buku "Kuasa Kepemimpinan al-Fateh" dan memberi ulasan dalam Karnival Anak Muda (KAMU'11) di USM, banyak mengopek kebijaksanaan pemimpin muda ini..lebih kurang mafhum hadis Rasulullah, "Constantinople akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera"..


3-banyak menekankan "inner peace" atau ketenangan..

Po kagum tengok master sifu dia gunakan inner peace untuk menahan setitik air, dan Po yang belajar daripada tuh dapat menahan peluru yang digunakan merak angkuh dan menerbalikkan peluru tuh untuk menghancurkan bahtera si merak..yang kelakar,master tuh kata inner peace nih kena bertapa kat gua 50 tahun, tapi master begitu terkejut dan jeles bila Po dapat mempelajari dan menggunakan inner peace dalam masa yang singkat..

inner peace atau ketenangan nih sendiri pon dah disebutkan dalam kalam mulia, "sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"..bersama-sama mengingatkan diri, ingatlah Allah dalam duduk,berdiri atau baring..kerana dengan hana mengingatinya hati akan tenang..

p/s: cerita nih memang patut ditonton, ajak anak-anak tengok sekali, sebab dalam crita nih banyak menekankan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dan semangat untuk berjaya yang tak pernah luntur..thumbs up untuk Kungfu Panda 2!