Sunday 31 July 2011

RAMADHAN PENGHULU BULAN~

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa" (al-Baqarah: 183)

waktu-waktu sekarang nih teringat bait-bait lagu seorang ustaz time sekolah dulu:
"Ramadhan bulan yang suci [yang suci],
Rahmat melimpah dari Illahi,
Banyakkan amal di bulan ini.."


Berpuasa sememangnya menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula dari waktu terbit fajar hingga terbenam matahari.Lebih utama menahan nafsu dan diri.


Indahnya Ramadhan,penghulu segala bulan..


1. pintu syurga dibuka seluas-luasnya
2. pintu neraka ditutup serapat-rapatnya
3. syaitan dibelenggu
4. bulan mulia turunnya Al-Quran
5. tersimpannya malam seribu bulan [Lailatul Qadr]
6. bulan nih je ada solat sunat Terawih
7. setiap amal kebaikan akan digandakan dgn lebih banyak lagi..


Tentang Sahur


Nabi SAW bersabda :
"Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur." (Riwayat Muslim)



Sabda Rasulullah:
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim


Tentang Berbuka


Berdasarkan hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepanjang kamu menyegerakan berbuka" (Riwayat Al-Bukhari)

hadis Nabi SAW :-
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak." (Riwayat Ibn Majah)

**banyak-banyakkanlah amal time puasa nih,sebulan jer setahun..berdoa time berbuka nih doa x terhijab,bestnya!banyak lagi boleh buat,tadarus al-Quran, sedekah, solat sunat Terawih..mesti ganjaran melimpah-limpah..Allah tuh kan Maha Pemurah..siapa yang boleh bagi ganjaran sehebat nih kalau bukan DIA?SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar~

Monday 25 July 2011

TAMAKNYA NABI !

YA, tamaknya Nabi!

Disebut dlaam satu kisah selepas Rasulullah menerima wahyu agar menyebarluaskan Islam secara terbuka, maka tentangan demi tentangan, pemulauan dan halangan terpaksa Baginda dan orang yang beriman ketika itu tempuhi. 

Keputusan dibuat. Baginda dan anak angkatnya, Zaid bin Harithah pun berhijrah ke Taif dengan harapan seruannya kepada penduduk Taif agar beriman kepada Allah dapat diterima. Perjalanan 60 batu dimulakan walaupon hanya berjalan kaki.

Benar, TAMAK dan RAKUSnya Baginda dalam menyampaikan dakwah!

Namun perancangan Allah itu lebih hebat, seruan Nabi kepada penduduk Taif ketika itu tidak didengari. Bahkan Baginda diejek dan dicederakan, sehingga sepatunya dipenuhi darah. Zaid yang berada di sisi berusaha menghalang segala perkara daripada singgah dan menyakiti tubuh Nabi.

Baginda juga seorang manusia, rintihannya di sebuah kebun anggur didengari Allah. Lalu datanglah malaikat Jibril bersama dua malaikat bukit. "Arahkanlah apa sahaja, nescaya akan mereka tunaikan", kata Jibril kepada Baginda mulia. "Ya, arahkanlah apa sahaja, walaupon engkau mengarahkan kami untuk mengangkat bukit dan dihempapkan ke atas penduduk Taif,kami akan lakukan",kata malaikat bukit.

"Tidak, jika bukan mereka yang menerima seruanku, aku percaya anak cucu cicit generasi mereka akan beriman", sahut Baginda.

TAMAK, RAKUSnya Baginda untuk memastikan semua orang beriman dan menerima seruannya!


Buktinya kini,hingga ke saat ini,tiada seorang pon yang musyrik di bumi Taif, mereka semua beriman dengan sebenar-benar iman.

Thursday 21 July 2011

DUNIA OH DUNIA!

Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku DUNIA. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana
.

Friday 1 July 2011

FIQH PERUBATAN


untuk rancangan USRAH minggu nih,tajuk yang nemang dinanti-nanti,"FIQH PERUBATAN" oleh Ustaz Muhammad Abdullah..

secara ringkasnya, fiqh ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, dari sudut Aqidah, Syariah dan juga Akhlak. Teratarik untuk mengupas sudut syariah sebenarnya..mengikut Ustaz, ada enam perkara yang dibahaskan dalam Fiqh Perubatan bawah kata kunci syariah:

1. Pesakit

Fiqh ini membahaskan bagaiman wudhu', solat, qiblat dan pelbagai perkara bagi pesakit yang terlantar, sama ada kritikal, parah atau apa keadaan sekali pun

2. Pengamal Perubatan

Perbahasan khusus buat pengamal perubatan seperti doktor. sebagai contoh bagaimana solat seorang doktor yang terpaksa berada di bilik bedah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang?Bagaimana pula dari segi sentuhan yang melibatkan bukan muhrim, aurat dan sebagainya?

3. Ubat

Tak dinafikan ubat-ubatan moden sekarang ini ada yang mengandungi unsur-unsur haram yang mungkin tak dapat dielakkan.selagi mana ada yang halal, maka jatuh wajib untuk menggunakan ubat tersebut berbanding ubat yang mengandungi unsur haram kepada umat Islam

4. Kaedah Perubatan

Dalam kaedah perubatan, dibahaskan tentang pembedahan bagaiman yang dibenarkan, bahagian anggota yang mana dan sebagainya.

5. Tanggungjawab Pemimpin

6. Tanguungjawab Masyarakat

wallahualam~