[mengupas isi yang dapat daripada rancangan USRAH]
orang Islam itu didukung oleh 8 perkara:
1. kebijaksanaan pemimpin
ini dapat disaksikan melalui kepemimpinan Rasulullah SAW yang berjaya mendidik para sahabat selepas kewafatan Baginda sebagai seorang pemimpin, bermula dengan zaman khulafa' ar-Rasyidin yang terdiri daripada Abu Bakar as-Sidiq, Umar al-Khatab, Uthman b Affan dan Ali b Abi Talib.
2. ilmu para ulama'
seperti contoh, Abu Hurairah yang meriwayatkan lebih 5000 hadis sepanjang hayatnya juga hasil tarbiyyah 3 tahun berdamping dengan Rasulullah dan hadis beliau disepakati oleh Iman Bukhari dan Muslim.
3. para 'amilin
mereka ini adalah golongan pendukung Islam,yang bergerak untuk Islam. Bermatlamat untuk meletakkan Islam kembali ke tampat asalnya, kedudukan yang tertinggi. "sesungguhnya agama Islam itu tinggi dan tiada yang lagi tinggi daripadanya"
4. darah syuhada'
bermula daripada perang Badar,hinggalah kini,orang Islam ternyata didukung oleh mereka yang berjuang atas dasar mempertahankan agama. Semangat mempertahankan negara itu nasionalisme,tapi ia perlu atas dasar agama, bukan atas dasar kepentingan bangsa semata.
5. doa orang yang soleh
6. harta orang kaya
7. pendakwah
8. rahim ibu yang solehah
ha,ini pon pendukung juga,tanpa ibu siapalah kita. Tapi dengan adanya ibu yang solehah, insyaAllah anak atau zuriat yang dilahirkan itu bakal menjadi 'amilin di jalan Allah, bakal pendukung bukan hanya penyokong. Dan bukan sahaja meramaikan umat Nabi Muhammad SAW, tetapi umat yang sedar dan tahu akan dasar perjuangan dan sama-sama memobilisasi diri untuk kepentingan agama.
No comments:
Post a Comment