Monday 25 July 2011

TAMAKNYA NABI !

YA, tamaknya Nabi!

Disebut dlaam satu kisah selepas Rasulullah menerima wahyu agar menyebarluaskan Islam secara terbuka, maka tentangan demi tentangan, pemulauan dan halangan terpaksa Baginda dan orang yang beriman ketika itu tempuhi. 

Keputusan dibuat. Baginda dan anak angkatnya, Zaid bin Harithah pun berhijrah ke Taif dengan harapan seruannya kepada penduduk Taif agar beriman kepada Allah dapat diterima. Perjalanan 60 batu dimulakan walaupon hanya berjalan kaki.

Benar, TAMAK dan RAKUSnya Baginda dalam menyampaikan dakwah!

Namun perancangan Allah itu lebih hebat, seruan Nabi kepada penduduk Taif ketika itu tidak didengari. Bahkan Baginda diejek dan dicederakan, sehingga sepatunya dipenuhi darah. Zaid yang berada di sisi berusaha menghalang segala perkara daripada singgah dan menyakiti tubuh Nabi.

Baginda juga seorang manusia, rintihannya di sebuah kebun anggur didengari Allah. Lalu datanglah malaikat Jibril bersama dua malaikat bukit. "Arahkanlah apa sahaja, nescaya akan mereka tunaikan", kata Jibril kepada Baginda mulia. "Ya, arahkanlah apa sahaja, walaupon engkau mengarahkan kami untuk mengangkat bukit dan dihempapkan ke atas penduduk Taif,kami akan lakukan",kata malaikat bukit.

"Tidak, jika bukan mereka yang menerima seruanku, aku percaya anak cucu cicit generasi mereka akan beriman", sahut Baginda.

TAMAK, RAKUSnya Baginda untuk memastikan semua orang beriman dan menerima seruannya!


Buktinya kini,hingga ke saat ini,tiada seorang pon yang musyrik di bumi Taif, mereka semua beriman dengan sebenar-benar iman.

No comments:

Post a Comment